KUALA LUMPUR – Pengusaha lori komersial dijangka menaikkan kadar upah sewa pengangkutan sebanyak 18 peratus ekoran pemansuhan diesel super subsidi oleh kerajaan.Nampaknya, kenaikan harga barang selepas ini, tidak dapat dibendung lagi.Sejak penarikan subsidi super diesel, pengusaha lori juga tidak lagi mampu membendung kadar sewa yang lama.Dan akhirnya, kepayahan dan keperitan akbiat kenaikan harga, terpalit kembali kepada rakyat.
Menurut Naib Presiden Persatuan Pengusaha Lori Tangki Bumiputra Malaysia Berhad, Samiron Safar, kenaikan itu wajar memandangkan kadar upah RM13.50 satu tan bagi setiap perjalanan ketika ini tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun lalu.
“Kalau tidak naik memang kami akan gulung tikar sebab selama ini kadar yang dikenakan paling minimum dan pengusaha terpaksa tanggung kos diesel sebanyak RM200 sehari tidak termasuk kos tayar dan upah pemandu.
“Justeru, kami akan berbincang dengan pelanggan untuk menaikkan kadar upah yang baru tidak kurang RM3 satu tan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Macam biasalah, sekiranya ada apa-apa kenaikan, yang selalu nak lari dari masalah adalah kerajaan dan juga peniaga atau pengusaha.Semua kos kenaikan itu juga, akan dilepaskan kepada rakyat untuk ditanggung.Kami nak tanya anda, adakah ini langkah yang sesuai sebenarnya?
Harga barang dah macam negara maju, tapi gaji macam negara kelas ketiga.Adakah ini perancangan yang betul dalam memastikan Malaysia akan menuju ke arah negara maju?
No comments:
Post a Comment