Guys, cuba cari air mineral untuk diminum dan bukan air RO (Reverse Osmosis) ok? Berikut adalah maklumat lengkap tentang air RO.
Apakah air RO?
- Air RO (Reverse Osmosis) adalah air yang paling kosong (air mati). Tiada sebarang mineral atau zat.
TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG ZAT
Air R.O adalah air paling kosong. Dikenali juga sebagai air mati.
Memang bersih dan bebas daripada kuman tetapi tidak membawa manafaat
kepada keperluan kesihatan kita. Kita hendak keluarga kita minum air
yang berzat, bukannya air kosong.
TIDAK ADA ELEKTROLIT MINERAL (AMAT BERBAHAYA!!! )
Apabila sesuatu air tidak ada elektrolit mineral, ia amat cepat
menyerap radikal bebas daripada makanan yang masuk ke dalam badan kita.
Radikal bebas memang kita ketahui merupakan penyebab utama pelbagai
penyakit berbahaya di dunia ini. Radikal bebas ini pula akan digunakan
di mana sahaja air itu sampai. Jika air itu digunakan di otak, maka
radikal bebas akan ke otak. Kalau air itu beroperasi di jantung,
paru-paru, buah pinggang, usus-usus dan lain-lain, maka ke situ jugalah
radikal bebas tadi akan beroperasi sama. Alangkah bahayanya!
MELEMAHKAN SISTEM PERTAHANAN/ IMUN BADAN
Oleh kerana air R.O tidak ada sebarang zat, maka apabila ia masuk saja
ke dalam tubuh, ia juga akan menyerap/ mencuri zat-zat yang ada dalam
tubuh kita. Hukumnya sama seperti gula biasa yang kita gunakan. Oleh
kerana ia tiada sebarang zat/ nutrien, maka ia akan mencuri zat daripada
badan kita sebaik sahaja ia masuk ke dalam badan. Ini amat berbahaya
terutamanya kepada orang yang telah sedia sakit. Sudahlah sakit, akan
kehilangan zat pula. Air RO amat bahaya jika diberikan kepada mereka
yang sakit. Hentikan hari ini juga.
TIDAK ADA MINERAL
Mineral sangat penting untuk tubuh badan kita. Sebab itu Allah
menjadikan semua air tawar di dunia ini mengandungi mineral dan hidup
pada zaman yang lampau. Oleh kerana dunia semakin tercemar, maka
takungan air mineral hidup ini hanya tinggal 5 tempat sahaja di seluruh
dunia . Cuba fikirkan? mengapa kerajaan tidak membenarkan air RO yang
dibotolkan dilabel sebagai air mineral - mesti ditulis sebagai air
minuman sahaja? Mengapa? Ini kerana air mineral sangat tinggi nilainya
dan mesti sah sumbernya, barulah boleh dilabel sebagai air mineral.
BUKAN AIR YANG SELARAS DENGAN FITRAH KEJADIAN BADAN MANUSIA
Tuhan lebih tahu air jenis apakah yang paling sesuai dengan fitrah
kejadian tubuh badan manusia. Sebab itu suatu ketika dahulu semua air
tawar di dunia ini adalah air mineral hidup, bukannya air kosong tanpa
mineral. Itulah air yang digunakan oleh manusia terawal termasuklah Nabi
Adam as, bukannya air R.O. Kalau air yang bersih tetapi kosong/mati
(iaitu air R.O) itu yang paling baik untuk manusia, sudah pasti Allah
menjadikan semua air tawar di dunia ini suatu ketika dahulu tiada
mineral dan kosong/ mati seperti air RO.