Bismillah sebelum memulakan dan menyampaikan ilmu baru ini.
rata-rata semua orang tahu bukan yang pada tapak tangan kita ada
nombor arab yang bernombor 18 pada tangan kanan manakala pada tangan
kiri pula adalah 81 yang mana apabila dicampur membawa kepada jumlah 99
iaitu 99 nama Allah.
Dan Dr. Fadzilah Kamsah menjumpai satu teori bahawa di sebalik nombor
ini terdapat satu lagi perkara lain yang kita tidak ketahui. Anda mahu
tahu apakah rahsia tersebut??
1. logiknya kenapa kita perlu makan dengan tangan kanan adalah kerana
pada tapak tangan kanan kita tersebut terdapatnya 18 jenis enzim baik
yang membantu mencerna makanan dengan cepat, disebabkan itulah kita
dituntut supaya makan dengan tangan. diharuskan makan dengan sudu namun
begitu lebih baik bukan kalau makan dengan tangan?
2. kenapa pula tangan kira nombor 81?? kerana terdapat 81 jenis enzim
yang membantu menghapuskan bakteria dengan cepat, jadi sebab itulah
kita membasuh selepas membuang air besar dengan tangan kiri, ini kerana
untuk membunuh bakteria dengan cepat, dan juga sama ada mahu mengangkat
kasut yang kotor juga menggunakan tangan kiri. ini kerana tangan kiri
lebih efektif dalam membunuh bakteria dengan 81 enzim tersebut.
3. Maha suci Allah betapa hebatnya Allah mencipta kita!. Sebab itulah
kalau orang dahulu kala mengatakan bahawa : ”kalau jumpa barang tengah
jalan ambil menggunakan tangan kiri sebab tak mahu jin ikut balik ”
rasionalnya sebab tangan kiri tu sebenarnya ada 81 jenis enzim yang
boleh membunuh bakteria.
4. Selain itu : “air tangan ibu itu merawat oenyakit anak”
rasionalnya adalah tangan ibu pada tangan sebelah kanan tu ada 18 jenis
enzim yang membawa pelbagai jenis enzim baik kepada makanan anak-anak,
tambah pula kalau ibu sendiri yang menyuapkan kepada anak-anak.
PERINGATAN! buat anak-anak suaplah ibu bapa anda dengan menggunakan
anda sementara mereka sihat, sebelum kita perlu suap menggunakan sudu.
5. bagi mereka yang pada tangan kanan nya no 8 tidak rapat dikatakan
orang tersebut mudah sakit perut.. betul tak? cuba pembaca cek semula
tangan anda!
6. “Kenalilah diri anda! maka anda akan kenal betapa hebat ciptaan Tuhan anda!
“Telah diceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu
Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif
dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah
berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah
bersabda :
1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka
(suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh
kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah
mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan
Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi
di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai
setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera da! ri penyakit gila,
sawan (gila b**i) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah
tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4
) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam”
Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”
Baginda menjawab :
“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat
perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak
dapat anak.”
Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..?(semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) .”
Baginda menjawab :
-“Apabila ia minum cuka! semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
-Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.
-Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”
2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal
(hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua
hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila b**i dan
sopak mudah mengenainya dan anaknya.”
3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor,
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak
kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan
sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”
4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang
demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”
5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah
pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta –
iaitu anak.”
6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat
terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan
yang bersifat benci dan hina.”
7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah
membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu
berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”
8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ de! ngan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”
9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan
satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan
kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang
demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua
kepada berpecah dan talak.”
10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara
berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai,
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu
sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di
merata-rata tempat.”
11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam
‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan
tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”
12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam
‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam
tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku
bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”
13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah
cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna
(cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka
sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan
faqir sehingga mati.”
14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah
pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang
tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”
15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu
antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesun!
gguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi
seorang yang menumpahkan darah.”
16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia
hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika
Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi
seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”
17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada
pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai
tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”
18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir
bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut
menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “
19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan
syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian
itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua
anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang
yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”
20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas
loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang
munafiq, pelampau yang melewati batas.”
21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam
kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan
harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat
Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”
22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu
keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian
itu sesungguhnya bil! a Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua
anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”
23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal
malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia
menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada
akhirat.”
ANJURAN BERJIMA’
24. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah :
“Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.”
Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya. “
25. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam
Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab
Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik
dan buruk Qada’ dan Qadar Allah).”
26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam
Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat
nikmat Mati Syahid sesudah syahadah :
‘Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah’
dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama
orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati
orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba. “
27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis,
maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang
bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.”
28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari
di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang
anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi
seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan
agama dan dunia.”
29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam
Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa
dan petah.”
30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari
Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang
terkenal, masyhor dan alim.”
31. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada
malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan
anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),