oleh : Jom Berdakwah Di FB
Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.
Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga
giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada
hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan
dan badannya menggeletar.
Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,
“Akulah orang yang paling kejam”,
Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu,
merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu
mati.
Dan dia berkata
“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.
Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab
“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”
Perempuan itu adalah Palestin.
Lelaki pertama ialah Israel.
Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.
Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.
Tahniah kepada Umat Islam!!
Sama-samalah kita muhasabah diri..
sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita..
renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan.. Umat Islam
itu lemah kerana mereka JAUH daripada agama mereka sendiri..
Artikel Ini Senaja Di Share Disini Untuk Memberi Kesedaran Kepada
Sesetengah Kita (Umat Islam) Yang Masih Leka Dengan Dunianya.. Maaf Jika
Ada Yang Terasa..